Sunday 8 September 2013

Didatangi En Hariz dan Tun Teja

Aku secara peribadi agak terperanjat jugaklah apabila En Hariz dan Tun Teja datang ke Jb minggu lepas.

Puaslah jugak aku menelaah, menafsir sebab dan musabab apakah mereka datang kemari.
Cewah!

Tapi akhirnya Tun Teja dedahkan jua tanpa dipaksa-paksa.

Nak tau kisah sebenar, cuba tanya Tun Teja sendiri. Aku nak bagi komentar apa-apa tak berani. Cuma sangat berharap semuanya akan kembali normal.

Walauapapun, aku gembira bukan kepalang sebab dua ahli keluarga angkat ada dekat hometown aku.

Huhu puas jugaklah meround Jb mencari makanan, berjalan-jalan, cuci mata, tenangkan jiwa. Hehe.

Thanks for your time guys :)
Ada masa datang lagi tau.

The Lovely Gift

Bunch of thanks to Tun Teja and Azi for the cute tribal bear. Hee tak sangka aku diorang akan bagi hadiah bear yang siap ada corak tribal lagi.

Hadiah yang teramat cute ni dibagi oleh my friends, Tun Teja and Azi masa kitaorang makan dekat South City Plaza berdekatan dengan The Mines tu.

Time tu, diorang baik hati nak hanta aku ke TBS. Yelah internship duration dekat SOLS dah habis.

Jadi lepas ni aku balik kampung, tanam jagung la :D

Kolam Rinduku pada SOLS 24/7

Dah dekat dua minggu jugak selepas habis internship aku terperap je dekat rumah.

Cadangnya nak update blog, tapi akibat kekangan daripada ketiadaan sambungan internet, aku tabahkan lah jua hati ni.

Nak menangis dah tak terkeluar air mata. Tapi pengalaman di Sols 24/7 adalah sesuatu yang berharga dan tak mungkin aku lupa.

Sepanjang keberadaan aku dekat sana, aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih dekat kawan-kawan yang sudi menceriakan hariku yang dulunya kelabu.

Bagi aku, diorang semua adalah keluarga. Tempat berkongsi duka dan bahagia. Terima kasih tak terhingga buat Abah, En Hariz, Kaka, Tun Teja, Azi, Normah dan jugak Aza sebab keberadaan kamu disisi adalah penyeri hidup ini.

Buat Jumaidi dan Juhairi, adik beradik yang tak ku sangka2.

Buat Andrea, Anne dan Teacher Danu dari team HR, kalian adalah pendorong semangat.

Buat Yiwen, Gigi, Mo, Imogene dan lelaki serius yang aku lupa nama. Trimas sbb join sekaki makan kuih raya.

Buat Julie, Delila, Lamia, Delia, Shbhonne (entah aku silap eja nama mungkin), beruntung aku dapat mengenali kamu semua.

Adik beradik come Su dan Jo Henry.

Paul, Peter, Tim, Adam, dan ah terlalu banyak untuk aku senaraikan.

Boleh jadi 2 hingga 3 post pulak.

Aku gembira dapat bertapa sebentar dekat organisasi ni.

Terima kasih semua. I love you guys foreva <3

Sulaman Cinta Dayang & Mahzuz

Alhamdulillah.

Hari ni, seorang lagi kawan aku naik pelamin. Syukur sangat apabila hubungan cinta yang mereka jalin akhirnya dilengkapkan dengan sebuah bahtera perkahwinan.

Tahniah Dayang, Musz.

Aku tumpang gembira dengan kebahagian korang berdua.

Entah bila pulak jodoh aku akan sampai?

Cepat-cepatlah doakan aku pulak ye.

Terima Kasih Cinta

Sejauh mana hati ini cuba berlari,
Rindu takkan pernah lelah mengejar.

Seluas mana hati ini mungkin membenci,
Rindu takkan lupa datang melamar.

Hakikat cinta;
Semakin dilupa
Semakin sakit dirasa.

Tuhan,
Bawa cinta ini pergi,
Biar kutumpahkan di Laut Mati,
Jauh dari tempat yang kuhuni,
Walaupun zahir ku dilihat gembira,
Batinku tiada siapa yang rasa.

Moga mentari esok bakal menyirnakan segala rindu, harapan dan impian.

Moga aku dapat lupakan kau dari memori,
Sepantas air yang dipanah mentari.

#Shit happened. Life goes on!

Monday 26 August 2013

Thanks 1M4U!

Siapa nak ikut I jalan-jalan naik KTM secara percuma? Hehe cepat goyangkan pinggul laju-laju. FYI I merupakan salah seorang pemenang peraduan "Jom Balik Kampung bersama KTM". Bolehlah lepas ni I nak travel around Malaysia. Plus dengan menyertai contest #Share4Unity jugak, 1M4U telah beri I hadiah eksklusif berupa TShirtTour FC Barcelona dan arm band secara percuma. :-) Jadik I sarankan korang like official facebook page 1M4U untuk join contest yang bakal dianjurkan dan pada masa yang sama, korang bolehlah join aktiviti sukarelawan yang dianjurkan. #Share4Unity #MuahXD

Friday 23 August 2013

Nocturnal Buah Tangan Terbaharu Yuna


Selamat pagi!

I terextrta excited hari ni.
Yelah sebab semalam Yuna [music] menerusi akaun Facebook rasminya dah pun release the first single taken from her upcoming album title #Nocturnal,  iaitu #Falling <----- (klik sini untuk dengar sekarang!)

Sebab I terextra excited lah I tertidur sambil dengar je single terbaru dia ni. Bila I bangun pagi tadi, lappy I semalaman tak ditutup, lagu #Falling masih terpasang. And I was like "what? matilah kau lappy. kesian dekat kau sebab tak tido"

Maaf! Dah dua tahun kita bersama. I tak sanggup nak seksa you lagi my lovely lappy. Kejap lagi I bagik you tidoq puas-puas na!

Okay as one of Yuna's fans, I just can't wait to purchase and grab her second US album yang diberi judul #Nocturnal. Album yang bakal keluar dibawah #VerveMusic ni dikhabarkan bakal dipasarkan pada 29 October 2013.

Dengan bantuan ikhlas Encik Google, I dapat tahu album yang bakal menjadi tanda muzik terbaharu Yuna bakal memuatkan 11 lagu termasuk single #IWannaGo dari EPnya yang terdahulu #SixthStreet



Antara judul lagu terbaharu yang bakal dimuatkan:

#Nocturnal
#Mountains
#Rescue
#Lights and Camera
#Lovely Intermission
#Someone Who Can
#I Want You Back (eh eh eh Yuna nak balik dekat siapa ni?)
#Come Back
#Colours
#I Wanna Go
#Escape

If uols belum dengar lagi single #Falling ciptaan Robin Hannibal cuba ushar dekat link bawah ni tau :)
-------> http://snd.sc/1c1dlwZ

http://yunamusic.com
http://www.facebook.com/yunamusic
https://twitter.com/yunamusic

Untuk album penuh, uols boleh buat pre-order sekarang jugak menerusi Amazon.com.
Okay nanti if ada lagi perkembangan tentang buah tangan terbaru Yuna, #Nocturnal ni I akan inform lagi dekat uols.

Selamat berhujung minggu. Muah... XD

Saturday 17 August 2013

#2 Lok Lok

Nampak sedap je Yong Tau Foo dekat bawah ni kan? I memang suka makan Yong Tau Foo lagi-lagi kalau kuah sup dia tu sedap dan ada rasa pedas-pedas sedikit. Aik meleleh dah air liur ni. Hehehe





Tapi untuk #StreetFoodReview ke 2 kali ni, I bukanlah nak bercerita pasal Yong Tau Foo. Tapi boleh dikatakan adik beradiklah. I tak pasti apa nama gelaran untuk menu ni, tapi lepas I cuba try tanya Encik Google, dia cakap inilah dia #LokLok.  <------ Cuba klik link sini kalau nak lebih faham

I tak pasti sama ada Encik Google jujur ke tak dengan I, tapi apa yang I pasti #LokLok ni memang sedap lagi menyelerakan. Terangkat uols! Nak tengok apa itu #LokLok. Cuba uols usha gambar dekat bawah ni ye :)

#LokLok
Kalau uols selalu pergi dekat area shopping complex SOGO time malam, mesti uols familiar sangat dengan street food ni. Apa yang boleh I cakap, Lok Lok ni memang sangat sedap dan murah. 

Cara nak order --->  
a) Mintak pinggan. Ambik mana-mana makanan yang uols suka. Sebagai contoh, kalau I makan sorang ni apa yang I akan ambik. 

1 batang = RM1
b) Celupkan pilihan makanan uols tu dalam tempat air yang sedang menggelegak yang tersedia.
c) Biarkan selama beberapa minit (biasanya abang penjual tu akan tolong angkatkan untuk uols. so pasal timing jangan risau)
d) Pilih kuah yang uols nak. ada kuah kacang, kuah kicap atau pun kuah pedas. (I biasanya campur semua, senang cerita)
e) Lepas tu jangan lupa bayar dulu sebelum nak ngap-ngap tuh!

Kalau dah ngap! Cer bagi feedback uols dekat ruangan komen tu ye :)

Memang I gerenti uols takkan menyesal kalau try. I rasa memang banyak stall-stall dekat Sogo yang jual benda alah ni. Uols jalan je lah dekat luar Sogo tu! Confirm jumpa. If tak jumpa jugak. Ha mai sini cek tunjukkan. :) 

Selamat mencuba! Muah... XD






Goodbye Internship!


Pejam celik. Makan berak. Jaga tido. Duduk jalan.
Akhirnya sampai jugak I dalam minggu terakhir tempoh praktikal I dekat SOLS24/7 ni. 
As usual dekat tempat baru, time mula-mula sampai tu kepala hotak I asyik meroyan
"Bila nak balik ni?"
The main reason is: I am alone here as most of my friends are doing their internship at #TanjungTuanBeachResort Port Dickson
Well dalam paksa rela I sendirian siang dan malam, akhirnya I dapat jugak sesuaikan diri dekat sini.
Alhamdulillah, nampaknya I berjaya jugak mengelompokkan diri I dalam kumpulan yang I tak pernah bercampul langsung. Wah tahniah dekat diri sendiri. Banggalah oit! I ni bukan peramah sangat, malu-malu kucing pulak. Hehehe

Banyak jugak memori-memori manis I dekat sini. Dapat kawan baru. Dapat bekerja satu bumbung dengan foreigners yang datang dari pelbagai pelusok negara. Something new, unexpected and very interesting I guess. 

My colleagues: Hariz, Ramy and Angelo at #PasarPercuma
 
Handbag models ----> Me, Sara and Echa 

Photo shoot session at #PasarPercuma #DataranMerdeka

Teater Rashomon dekat klpac, sentul
Petang tadi I baru balik dari jumpa kawan I dekat Central Market. Saja kami borak-borak. Lepak-Lepak.

Si budak kacak: EL


Si budak manis: Lamia
Dan Alhamdulillah I dah makin sihat dah. Yelah dah terbang RM75 kalau tak sihat jugak tak taulah. Hehehe Eh kang nanti ada orang cakap I ni lebih percaya dekat ubat dari kuasa Allah. Bukan begitu ya. Maksud I apa halnya sekalipun, hatta tentang kesihatan kita, kita hendaklah seboleh-bolehnya berusaha. :)

Jam dah nak hampir pukul tiga pagi. Tapi I tak tidur lagi. Heheh jumpa lagi dicoretan lain kali.

Salam sayang, Muah... XD

Friday 16 August 2013

Shhhh: ProjectK

Salam lebaran penuh kemuliaan :)


Hendaknya korang sihat la ye. Walaupun I dekat sini tak berapa nak sihat, mungkin disebabkan faktor cuaca atau pemakanan, tapi I tetap gagahkan diri. Cuba menulis sepatah dua kata, sebab I tak mampu kirim duit raya. :)

Dalam keadaan I tak berapa nak sihat ni, barulah I sedar betapa besarNya kuasa Allah. Nikmat kesihatan yang diberi hanya pinjaman. Jadi janganlah kita angkuh, sombong, berlagak dengan duit mahupun kuasa. Sebab yang memilik itu adalah Allah yang Maha Esa. Sebab hanya Dialah yang Maha Sempurna.

I bukan apa, cuma nak saling mengingati. Al maklumlah sifat manusia ni kan pelupa. Jadi selain dari kita beribadah kepada Allah, nasihat- menasihatilah antara kita sesama manusia. Tak gitu? Heee

Sebelum I jatuh sakit ni, I banyak buat aktiviti luar dengan kawan-kawan I. Sometime we all pergi ke Desa Park City (klik link kalau nak join kitaorang) berjogging. Kononlah sebab sekarang ni I dengan kawan-kawan ada projek besar tau. Kami namakan dia ProjectK. Nak tau tak projek apa tu? Haaa kalau I rajin I akan tulis pasal project tu dalam entry akan datang.

Selain tu, kitaorang pergi tengok wayang cerita #ChennaiExpress. Sorry to say, I memang tak suka tengok cerita Hindustan. Jenuh jugakla I menolak, merayu, merengek dekat member I sebab I tak nak pergi. Last-last dalam paksa rela tuh, I pergi jugak!

Ouch! Sudahnya silap besar kalau I tak pergi malam tu sebab...

Me, Sara and the Poster

Mamito, Azi, Sarah and I
Nak tahu ke sebab apa? I pun kurang pasti akan sebab dan musababnya. But the fact is, I really enjoyed this movie. It's very hilarious! A must watch movie this year. Kalau tak keluar gigi-gigi korang, mesti perut korang perit. Mana taknya, nak bergelinang air mata sebab asyik ketawa. Heee

Haris dan Faisal
And officially, next week is my last week at SOLS 24/7. ( <---- klik sini) Gembira ada, sedih pun tumpang la sama. Yelah gembira sebab aku akan cuti dua bulan. Sedihnya sebab I akan tinggalkan semua kenangan i dekat syarikat ni. Ha kalau nak tahu, sinilah tempat I buat internship. Pejam-celik, makan-tidur, dah pun sampai penghujung cerita rupanya.

Okaylah! Dengan kesempatan yang tersedia ni, I nak mohon maaf, atas kertelanjuran samada I memang sengaja mahupun tak. Manusiakan tak lari dari kesilapan, jadi I mohon di maafkan.

Muah... XD



Sunday 11 August 2013

Dilambai Abang KTM

Salam Lebaran Penuh Kemuliaan :)
Jam dah melewati pukul 12 pun, dan secara rasminya kita dah pun berada pada hari raya ke 5 untuk tahun ni. I baru je sampai dekat Segambut petang tadi. Rasa sedih sangat nak tinggalkan tanah tumpahnya Johorku :'(. Tapi demi tuntutan pelajaran, I gagahkan jua kaki I ni melangkah pergi. Heeee

Walaupun sambutan Aidilfitri tahun ni tak ada apa yang boleh dikatakan luar biasa, tapi I tetap gembira sebab masih dapat sambut dengan family tercinta. Tapi tak banyak moments manis yang dapat ditangkap sebab takde kamera. Sedih tau :'( sob... sob..


Dalam bersedih, ku tetap gagah tersengih XD


Dan malam ni I dah pun bermalas-malasan atas katil dekat Segambut. Tiba-tiba I feeling blues, rindu abah, emak, anak sedara dan kuih raya, ketupat, rendang dan semuanyalah. Hahaha nasib baik mak I sempat sumbatkan enam balang kuih raya "buat ubat rindu" katanya. Thanks Mak!

3 hari raya dekat rumah tu, I tak lepaskan peluang keemasan mengutip duit raya walaupun dah tua bangka. I jeles kot! Si Budak bawah ni berbakul-bakul dapat duit raya, ceh mentang-mentanglah dia comel. Heh? Ingat you boleh challenge ke kecomelan uncle you ni ha? Grrr 

Aina, my niece :)
I jugak nak ucapkan thanks pada sesiapa yang sudi hantar ucapan hari raya dekat I. Dan untuk abang yang pandu KTM Komuter ke Rawang malam tadi, terima kasihlah banyak-banyak sebab sudi berhentikan komuter sebab nak kasi I naik sekali dalam komuter tuh. Kalau tak jenuh lah I nak tunggu komuter seterusnya. And FYI, sempat pulak abang KTM tu melambai kearah aku sambil tersenyum semanis madu masa I turun dekat Station Segambut. Eh?!

Well penat pulah nak tulis panjang-panjang ni. Tangan menulis, otak I berfikir, mulut I mengunyah! 3 dalam satu. Kau mampu?

Muah... XD

Friday 2 August 2013

Kampungku JDT

Okay disebabkan aku takkan update blog aku selama lebih kurang 8 hari. Jadi aku decide untuk buat entry kali kedua hari ni. Aku baru je lepas packing barang sebenarnya. Tak banyak pun. Satu beg lereng dan jugak satu beg sandang. Itu je!

Tiket aku balik JB hari ni jam 5 petang. Jadi ada jugaklah masa untuk aku nak rehat-rehat sambil menghadap lappy aku ni. Ha, nak cerita balik kisah semalam. Alah kisah yang aku pergi ke Jalan Tar. Sempat uols I rembat satu Baju Melayu Aaron Aziz dekat Jackle. Aku pilih warna kelabu gelap untuk tahun ni. Jeng jeng jeng...


Aaron Aziz punya baju!

Walaupun aku takde pun minat si Aaron tu, tapi aku beli jelah. Harga dia kira okaylah siap samping dan butang baju. Tapi tup-tup, lepas beli dari Jackle dan aku jalan-jalan dekat Jalan Tar tu, hurmm mula dah promosi besar-besaran diadakan. Ada yang jual 1 RM80, 2 RM100. Ada jugak yang jual 3 pasang RM100.

Amboi, silap besar tak beli dekat Jackle yang harga lebih mahal tuh? Aku tanya Aza time kami sahur pagi tadi. Dia bagi komen, mungkin tak sebab yang murah-murah tu kualiti dia mungkin kurang. Ada jugak kebenarannya tu.

Tapi aku memang malas nak fikir sangat sebenarnya. As long as I think the colour and the material are good, I don't really mind about the price. Unless harga dia melampau mahal.

Tapi ni jelah yang I dapat rembat masa dekat Jalan Tar tuh. Actually I teringin nak beli Tribal Shirt jugak. Tapi I kena tabahkan hati. Tak nak belanja sakan untuk raya. Kang menyesal poket kering!

I'm craving for this! Anyone?

Heee tak boleh tengok lama-lama!

Ada ke sesiapa yang teringin nak buat amal jariah bulan Ramadhan ni? Cepat-cepat belikan untuk I satu tau! Hehehe

Okaylah tak mau bebel panjang-panjang. Bulan puasa ni kita patut memperbanyakkan amalan dengan membaca Al-Quran dan sebagainya. Jumpa lagi.

Selamat meneruskan Ibadah puasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin :)
Muah... XD


#1 Tepung Pelita Paya Jaras

Salam Ramadhan Al Mubarak :)
Wah mesti seronok sakan nak bercuti rayakan? Zack ni baru balik dari Jalan Tar, saja cuci mata sambil laburkan duit untuk bergaya di hari raya.

Perghh crowd dia tak agak. Packed gila. Semut kalau jalan pun lebih laju I rasa. Semua pakat-pakat dok turun malam ni sebab I rasa ramai yang dah start balik kampung hohoho mulai esok.

I pun sama gak. Tiket balik kampung sudah kubeli, menunggu esok hari yang dinanti. Cewah. Jadi tak pantun dua kerat I tu.

Eh kejap! Haha actually entry ni aku nak share dengan korang salah satu menu street food yang tak rugi dicuba. Kuih yang biasanya berwarna putih hijau, dan dibalut dengan daun pandan ni nama dia #TepungPelita.

Sedap weyh! Especially yang ada cap mohor #PayaJaras. Terliur habis kot.

Tepung Pelita Paya Jaras

Mana nak dapat? Alah aku rasa kat mana-mana param dekat KL ni ada kot. Femes uols. Even my friend dari Indonesia, TJ pun cakap "This is good man!"
5 ketul dua hengget!


I takdelah melantak sorang-sorang benda alah ni walaupun sedap dia hanya Allah je tau. Sharing is caring uols. Masa aku beli benda ni aku share dengan budak jambu aka #CikoTomei. Thank you Ciko sebab sudi belanja I #Subway untuk Iftar. Heee

Budak KPop

Subway time :)
Weyh budak sweet ni pun bagi hadiah kat aku gak masa dia datang jumpa aku tau. Comel je aku dapat hadiah ni >
Alolo sweet kan?

Oh dah pukul 5 pagi kot. Aku belum tidur lagi rupanya. Si Aza, workmate aku cakap dia nak masak untuk sahur pagi ni. Entah jadi ke tak? Kot-kot membuta lagi. Huuuu

Okay jumpa lagi untuk lain-lain menu street food pada masa akan datang! Muah... XD


Thursday 1 August 2013

Pre-Launch : Zetchilicious

Happynyer Zack hari ni.  Finally I dapat jugak launch my latest blog ni:

http://www.zetchilicious.blogspot.com

Basically blog ni I buat sebab I nak share dengan semua pasal street food yang sedap lagi menyelerakan. Tapi taklah setiap masa upate pasal stree food je. Ada masa I akan update jugak my personal life. Heeee.

Yang bestnya lagi, yelah we all satu office semangat nak raya, jadi we all tadi siap buat Pre-Raya Photoshoot dekat rooftop dan jugak taman depan office ni.

Amboi kelas Kak Kiah datang office melaram dengan baju raya. Heee jom tengok kejap moment-moment tadi yang sempat di captured!

#rooftop 

Kononlah ni study overseas
Group Kak Ton baru habis beraya :)
with my colleague #Anne
Okay malam ni pulak Zack plan nak beriftar dekat Subway dengan #CikoTomei sebab dah lama sangat tak jumpa dia. Lepas tu kalau jadik, nak buat farewell party sikit buat Papito Fernando sebab imigresen Malaysia dah usir dia keluar dari Malaysia atas sebab-sebab tertentu. You all jangan tanya I kenapa pulak sebab I pun kurang pasti. 

Papito n Mamito


Kalau nak tau tanyalah si Erika @ Kaka ni. Sorry lah Cik Ton I cilok gambar atas ni dalam facebook you! Heeee

Kalau ada sesiapa nak kenal Kaka ni, jom skodeng blog dia ni > Saya Suka Makan

Hee okaylah untuk kali ni. I nak siap-siap dah keluar. Muah... XD

 
design by suckmylolly.com