Friday 2 August 2013

Kampungku JDT

Okay disebabkan aku takkan update blog aku selama lebih kurang 8 hari. Jadi aku decide untuk buat entry kali kedua hari ni. Aku baru je lepas packing barang sebenarnya. Tak banyak pun. Satu beg lereng dan jugak satu beg sandang. Itu je!

Tiket aku balik JB hari ni jam 5 petang. Jadi ada jugaklah masa untuk aku nak rehat-rehat sambil menghadap lappy aku ni. Ha, nak cerita balik kisah semalam. Alah kisah yang aku pergi ke Jalan Tar. Sempat uols I rembat satu Baju Melayu Aaron Aziz dekat Jackle. Aku pilih warna kelabu gelap untuk tahun ni. Jeng jeng jeng...


Aaron Aziz punya baju!

Walaupun aku takde pun minat si Aaron tu, tapi aku beli jelah. Harga dia kira okaylah siap samping dan butang baju. Tapi tup-tup, lepas beli dari Jackle dan aku jalan-jalan dekat Jalan Tar tu, hurmm mula dah promosi besar-besaran diadakan. Ada yang jual 1 RM80, 2 RM100. Ada jugak yang jual 3 pasang RM100.

Amboi, silap besar tak beli dekat Jackle yang harga lebih mahal tuh? Aku tanya Aza time kami sahur pagi tadi. Dia bagi komen, mungkin tak sebab yang murah-murah tu kualiti dia mungkin kurang. Ada jugak kebenarannya tu.

Tapi aku memang malas nak fikir sangat sebenarnya. As long as I think the colour and the material are good, I don't really mind about the price. Unless harga dia melampau mahal.

Tapi ni jelah yang I dapat rembat masa dekat Jalan Tar tuh. Actually I teringin nak beli Tribal Shirt jugak. Tapi I kena tabahkan hati. Tak nak belanja sakan untuk raya. Kang menyesal poket kering!

I'm craving for this! Anyone?

Heee tak boleh tengok lama-lama!

Ada ke sesiapa yang teringin nak buat amal jariah bulan Ramadhan ni? Cepat-cepat belikan untuk I satu tau! Hehehe

Okaylah tak mau bebel panjang-panjang. Bulan puasa ni kita patut memperbanyakkan amalan dengan membaca Al-Quran dan sebagainya. Jumpa lagi.

Selamat meneruskan Ibadah puasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin :)
Muah... XD


0 comments:

 
design by suckmylolly.com