Sunday 8 September 2013

Didatangi En Hariz dan Tun Teja

Aku secara peribadi agak terperanjat jugaklah apabila En Hariz dan Tun Teja datang ke Jb minggu lepas.

Puaslah jugak aku menelaah, menafsir sebab dan musabab apakah mereka datang kemari.
Cewah!

Tapi akhirnya Tun Teja dedahkan jua tanpa dipaksa-paksa.

Nak tau kisah sebenar, cuba tanya Tun Teja sendiri. Aku nak bagi komentar apa-apa tak berani. Cuma sangat berharap semuanya akan kembali normal.

Walauapapun, aku gembira bukan kepalang sebab dua ahli keluarga angkat ada dekat hometown aku.

Huhu puas jugaklah meround Jb mencari makanan, berjalan-jalan, cuci mata, tenangkan jiwa. Hehe.

Thanks for your time guys :)
Ada masa datang lagi tau.

The Lovely Gift

Bunch of thanks to Tun Teja and Azi for the cute tribal bear. Hee tak sangka aku diorang akan bagi hadiah bear yang siap ada corak tribal lagi.

Hadiah yang teramat cute ni dibagi oleh my friends, Tun Teja and Azi masa kitaorang makan dekat South City Plaza berdekatan dengan The Mines tu.

Time tu, diorang baik hati nak hanta aku ke TBS. Yelah internship duration dekat SOLS dah habis.

Jadi lepas ni aku balik kampung, tanam jagung la :D

Kolam Rinduku pada SOLS 24/7

Dah dekat dua minggu jugak selepas habis internship aku terperap je dekat rumah.

Cadangnya nak update blog, tapi akibat kekangan daripada ketiadaan sambungan internet, aku tabahkan lah jua hati ni.

Nak menangis dah tak terkeluar air mata. Tapi pengalaman di Sols 24/7 adalah sesuatu yang berharga dan tak mungkin aku lupa.

Sepanjang keberadaan aku dekat sana, aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih dekat kawan-kawan yang sudi menceriakan hariku yang dulunya kelabu.

Bagi aku, diorang semua adalah keluarga. Tempat berkongsi duka dan bahagia. Terima kasih tak terhingga buat Abah, En Hariz, Kaka, Tun Teja, Azi, Normah dan jugak Aza sebab keberadaan kamu disisi adalah penyeri hidup ini.

Buat Jumaidi dan Juhairi, adik beradik yang tak ku sangka2.

Buat Andrea, Anne dan Teacher Danu dari team HR, kalian adalah pendorong semangat.

Buat Yiwen, Gigi, Mo, Imogene dan lelaki serius yang aku lupa nama. Trimas sbb join sekaki makan kuih raya.

Buat Julie, Delila, Lamia, Delia, Shbhonne (entah aku silap eja nama mungkin), beruntung aku dapat mengenali kamu semua.

Adik beradik come Su dan Jo Henry.

Paul, Peter, Tim, Adam, dan ah terlalu banyak untuk aku senaraikan.

Boleh jadi 2 hingga 3 post pulak.

Aku gembira dapat bertapa sebentar dekat organisasi ni.

Terima kasih semua. I love you guys foreva <3

Sulaman Cinta Dayang & Mahzuz

Alhamdulillah.

Hari ni, seorang lagi kawan aku naik pelamin. Syukur sangat apabila hubungan cinta yang mereka jalin akhirnya dilengkapkan dengan sebuah bahtera perkahwinan.

Tahniah Dayang, Musz.

Aku tumpang gembira dengan kebahagian korang berdua.

Entah bila pulak jodoh aku akan sampai?

Cepat-cepatlah doakan aku pulak ye.

Terima Kasih Cinta

Sejauh mana hati ini cuba berlari,
Rindu takkan pernah lelah mengejar.

Seluas mana hati ini mungkin membenci,
Rindu takkan lupa datang melamar.

Hakikat cinta;
Semakin dilupa
Semakin sakit dirasa.

Tuhan,
Bawa cinta ini pergi,
Biar kutumpahkan di Laut Mati,
Jauh dari tempat yang kuhuni,
Walaupun zahir ku dilihat gembira,
Batinku tiada siapa yang rasa.

Moga mentari esok bakal menyirnakan segala rindu, harapan dan impian.

Moga aku dapat lupakan kau dari memori,
Sepantas air yang dipanah mentari.

#Shit happened. Life goes on!

 
design by suckmylolly.com