Thursday 27 February 2014

The Next Station

Kehidupan ni macam naik train kan? Kita tak selamanya kekal berada dekat satu stesen sahaja. Setiap stesen pulak ada cerita dan kisahnya tersendiri.


Menarik bukan kalau fikir macam tu? Contohlah, kalau kita naik Komuter dari Tanjung Malim mengarah ke Seremban. Banyak juga stesen yang kita akan berhenti. Cuma yang pasti komuter yang kita naiki tu ada satu destinasi yang pasti.

Macam hidup jugaklah. Banyak perjalanan dan perhentiannya. Jadi hidup kita pun perlu ada destinasi atau orang putih cakap goal of life! 

"The Next Station" pulak membawa maksud perhentian kita yang seterusnya dalam kehidupan ni. So I'm officially on my way to move to the next station in my life. 

Our so called "last assignment"
Yelah dah hampir 3 tahun bertapa di UPSI akhirnya berjaya jugak I menempuh hidup sendirian di tempat orang. Alhamdulillah, walaupun banyak pahat getir yang berlaku sewaktu I menyambung pelajaran di Tanjung Malim ni, I wanna thanks God for this this amazing journey! 

So in just a few week more, I akan balik semula ke negeri kelahiran I yang terletak nun jauh di selatan tanah air, Johor Darul Takzim.

Mintak-mintaklah, final exam bulan 3 nanti I dapat buat yang terbaik. InsyaAllah emak, abah, abang akan usahakan dan lakukan sesuatu. Abang nak jugak mak dan abah gembira. Abang nak emak dan abah bangga dengan abang. 

Semoga hidup kita semua bahagia dan selamat menujuk ke destinasiNya. InysaAllah. :)


 
design by suckmylolly.com