Wednesday 12 March 2014

#4 Loveats Kitchen

Loveats Kitchen di Tanjung Malim
Dengan tagline 'Gourmet Burger Kitchen', restaurant makanan barat yang menyajikan variasi hidangan burger dan sausage, Loveats Kitchen boleh berbangga kerana menjadi peneraju hidangan western di Tanjung Malim.

Kunjungan saya bersama beberapa orang rakan untuk beberapa kali ke Loveats Kitchen tidak pernah mengecewakan.Dengan menggunakan black bamboo charcoal bun sebagai trademark, Loveats Kitchen menarik ramai peminat burger untuk singgah ke restaurant yang terletak berhampiran dengan Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (Pintu Timur), Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Peta Lokasi
Antara menu menarik yang boleh dicuba ialah The Phenomenon (Beef), The Eggcellent (Chicken)! Cuma saya belum berkesempatan untuk mencuba menu yang dikatakan menjadi pilihan ramai iaitu The Pearl (mungkin kunjungan lain masa!)

Apa-apapun, Loveats Kitchen sememangnya wajar dikunjungi bagi penggemar burger. Saya cuma berharap agar Loveats Kitchen dapat dikembangkan dalam masa yang terdekat agar sebab potensi untuk jenama ini pergi lebih jauh adalah amat cerah!







Selamat mencuba!

Harga: Berpatutan | Sederhana | Mahal
Kepuasan: Sangat Puas | Puas | Kurang Puas

Untuk maklumat lanjut tentang Loveats Kitchen sila layari pautan berikut:
Facebook: Loveats Kitchen




 
design by suckmylolly.com