Wednesday 12 March 2014

#3 BurgerByte (Grilled With Soul)

Aura Zizan Razak dalam industri hiburan tidak seyogia dipandang sebelah mata. Mendominasi pelbagai bentuk hiburan sebagai contoh bidang pengacaraan, lakonan dan terbaharu Zizan meluaskan empayar popularitinya dan menggunakan peluang market sedia ada dengan membuka perniagaan sendiri iaitu BurgerByte yang diasaskan oleh Chef Nasirudin.

BurgerByte mungkin belum lagi lekat di hati peminat makanan western tempatan. Namun promosi yang baik termasuk menggunakan medium pengiklanan moden secara percuma contohnya di Facebook memudahkan lagi pemilik francais terbaharu ini untuk melonjakkan jenama BurgerByte setanding dengan jenama makanan western sedia ada.

Kunjungan saya ke BurgerByte cawangan Sentul malam Selasa lalu pastinya membawa harapan yang tinggi untuk mencuba keenakan BurgerByte. Apatahlagi bila sudah disogokkan dengan pelbagai hidangan menu menarik yang cukup membuatkan rakan dan saya teruja!

Dari Tanjung Malim kami bermula, akhirnya sampai juga kami menjejakkan kaki ke cawangan BurgerByte di Sentul. Dengan bantuan adik manis yang bekerja malam itu, saya dan rakan memilih untuk mencuba Carbonara Chicken dan Naked Burger!

Dan ah, saya berkata dalam diri sendiri usai menghabiskan hidangan yang disediakan lebih kurang 10-15 minit waktu menunggu.

"Harapan saya terlalu tinggi agaknya!"

Maaf, saya bukan terlalu professional untuk menilai tapi jelas rakan saya juga kurang berpuas hati dengan hidangan kami malam itu. Kenapa?


The Menu

Carbonara Chicken

Naked Burger

Sebab 1: Chicken Burger dalam hidangan Naked Burger terasa agak pahit! Kentang yang dihidang agak keras membuatkan nafsu makan saya yang sedia lahap segera terbantut.

Sebab 2: Spaghetti Carbonara yang agak kering.

Tapi kami masih berpuas hati dengan hidangan burger daging yang agak menepati selera kami berdua. Mungkin betul juga saya terlalu meletak harapan tinggi untuk BurgerByte. Ah, citarasa manusia kan berbeza-beza, kalau lihat feedback di Facebook atau Twitter ramai yang memuji-muji keenakan BurgerByte. Atau mungkin nasib saya yang malang dapat hidangan yang agak mengecewakan malam itu!

Selamat mencuba!

Harga: Berpatutan | Sederhana | Mahal
Kepuasan: Sangat Puas | Puas | Kurang Puas

Untuk maklumat lanjut tentang BurgerByte sila layari pautan berikut:
Website: BurgerByte
Facebook: BurgerByte


2 comments:

Unknown said...

salam.en zuki smpai dlm kul brapa?sya slh sorg staff #burgerbyte sentul..dtg jauh2 pulang dgn hampa,klu en msh beminat mugkin skli lg blh dtg ke outlet n kalu blh kali ni sya sndiri cuba serve untk en,tp apa yg en mkan n rasanya itu bukan kualiti sebenar #burgerbyte,sya sbgai wakil outlet sentul pohon ribuan maaf pada en

Unknown said...

@Faris Hakimi.

Thank you for your concern. InsyaAllah lain masa kalau ada kelapangan. Harap En Faris dapatlah mengekalkan standard sedia ada supaya tidak lagi berlaku ketidak puasan hati pada masa akan datang. :)

 
design by suckmylolly.com