Friday 16 August 2013

Shhhh: ProjectK

Salam lebaran penuh kemuliaan :)


Hendaknya korang sihat la ye. Walaupun I dekat sini tak berapa nak sihat, mungkin disebabkan faktor cuaca atau pemakanan, tapi I tetap gagahkan diri. Cuba menulis sepatah dua kata, sebab I tak mampu kirim duit raya. :)

Dalam keadaan I tak berapa nak sihat ni, barulah I sedar betapa besarNya kuasa Allah. Nikmat kesihatan yang diberi hanya pinjaman. Jadi janganlah kita angkuh, sombong, berlagak dengan duit mahupun kuasa. Sebab yang memilik itu adalah Allah yang Maha Esa. Sebab hanya Dialah yang Maha Sempurna.

I bukan apa, cuma nak saling mengingati. Al maklumlah sifat manusia ni kan pelupa. Jadi selain dari kita beribadah kepada Allah, nasihat- menasihatilah antara kita sesama manusia. Tak gitu? Heee

Sebelum I jatuh sakit ni, I banyak buat aktiviti luar dengan kawan-kawan I. Sometime we all pergi ke Desa Park City (klik link kalau nak join kitaorang) berjogging. Kononlah sebab sekarang ni I dengan kawan-kawan ada projek besar tau. Kami namakan dia ProjectK. Nak tau tak projek apa tu? Haaa kalau I rajin I akan tulis pasal project tu dalam entry akan datang.

Selain tu, kitaorang pergi tengok wayang cerita #ChennaiExpress. Sorry to say, I memang tak suka tengok cerita Hindustan. Jenuh jugakla I menolak, merayu, merengek dekat member I sebab I tak nak pergi. Last-last dalam paksa rela tuh, I pergi jugak!

Ouch! Sudahnya silap besar kalau I tak pergi malam tu sebab...

Me, Sara and the Poster

Mamito, Azi, Sarah and I
Nak tahu ke sebab apa? I pun kurang pasti akan sebab dan musababnya. But the fact is, I really enjoyed this movie. It's very hilarious! A must watch movie this year. Kalau tak keluar gigi-gigi korang, mesti perut korang perit. Mana taknya, nak bergelinang air mata sebab asyik ketawa. Heee

Haris dan Faisal
And officially, next week is my last week at SOLS 24/7. ( <---- klik sini) Gembira ada, sedih pun tumpang la sama. Yelah gembira sebab aku akan cuti dua bulan. Sedihnya sebab I akan tinggalkan semua kenangan i dekat syarikat ni. Ha kalau nak tahu, sinilah tempat I buat internship. Pejam-celik, makan-tidur, dah pun sampai penghujung cerita rupanya.

Okaylah! Dengan kesempatan yang tersedia ni, I nak mohon maaf, atas kertelanjuran samada I memang sengaja mahupun tak. Manusiakan tak lari dari kesilapan, jadi I mohon di maafkan.

Muah... XD



0 comments:

 
design by suckmylolly.com